بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
![]() |
Mesin Dry Cleaning |
Apakah DRY CLEANING dan hukum DRY CLEANING
Ia adalah proses membasuh/mencuci pakaian tanpa menggunakan air tetapi bukan bererti teknik mencuci ini benar-benar kering atau tidak basah.
Istilah Dry Cleaning ini hanya diciptakan kerana ia tidak menggunakan air dalam proses pembersihannya tetapi menggunakan bahan cairan solvent (yang bahannya itu diperbuat dari minyak mentah)
Pelanggan akan hantar pakaian untuk Dry Cleaning jika ia dibuat dari Wool, Rayon atau Sutera. Ini kerana fabrik jenis itu akan berubah warna dan mengkerut bila mencucinya dengan air dan sabun.
Apa itu SOLVENT?
Solvent perchloroethylene (Perc) adalah petroleum base chemical yang mana ianya boleh digunakan untuk semua jenis fabrik kecuali barangan kulit, fabrik yang mempunyai campuran plastik (seperti sticker pada pakaian). Perc tersebut biasanya digunakan berkali-kali bagi mencuci baju dengan dikitar semula. Hanya Perc didapati kotor, proses penyulingan atau distillation digunakan bagi membuang kotoran.
Perc yang dikitar semula itu akan menyebabkan ia berubah menjadi mutanajis atau sekurang-kurangnya mustaqmal, sedangkan Islam untuk mencuci kita hanya dibenarkan menggunakan air mutlak. Tanpa air mutlak setiap pakaian yang dicuci tidak akan suci sekalipun bersih pada pandangan kasar. Islam bukan saja melihat pada kebersihan, tetapi juga KESUCIAN. Solvent perchloroethylene juga boleh menyababkan kanser.
Tepuk dada, tanya iman.
D'yana Laundry Centre menggunakan teknik cucian AQUA WASH.
APA ITU AQUA WASH??
Nanti kita sambung yee...
fast . clean . save
والله الم